Sejarah Batu Seremban | Asal Usul Permainan Batu Seremban (Selambut, Serembat & Five Stones Game)

Hai! Acik Ros dari Batu Seremban by IzzahKids di sini.

Acik masa kecik dulu suka sangat main batu selambut. You know selambut? Siapa asal usul dari Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia mesti tahu main batu selambut.

Batu selambut tu juga dikenali sebagai batu seremban atau serembat di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Bilangan buah batu seremban biasanya lima atau tujuh biji buah.

Batu Seremban Selambut Serembat

Acik Ros dulu main batu seremban guna batu kelikir bulat yang dikutip dari tepi jalan. Acik orang kampung jadi main batu seremban guna bahan-bahan yang didapati percuma dari alam sekitar seperti batu kelikir, batu sungai dan biji getah.

Batu Seremban Selambut Serembat

Masa kecik memang acik tak pernah kenal batu seremban yang bentuk tiga segi atau piramid tu. Bila berhijrah ke KL baru jumpa batu seremban yang dibuat dari kain dan diisi kacang hijau tu. Memang jakun sangat masa tu. Kesian acik. Hehe!

Latar Belakang Batu Seremban

Batu seremban adalah permainan kampung yang sering dimainkan di waktu lapang oleh kanak-kanak sama ada secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Asalnya batu seremban dimainkan dengan menggunakan batu sebenar samada batu kerikil atau batu sungai yang sama saiz. Batu seremban kemudian melalui pemodenan dan dimainkan dengan menggunakan pundi kacang iaitu jahitan kain perca berbentuk tiga segi (piramid) / empat segi (bantal) kecil yang diisi dengan pasir, beras atau biji kacang hijau.

Batu Seremban Selambut Serembat

Permainan batu seremban ini selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja asalkan terdapat permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ianya lebih senang dimainkan.

Dalam permainan batu seremban, ada beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah lapan.

Acik Ros rasa permainan batu seremban sangat bagus untuk mengasah kekuatan otot / fine motor skill dan juga koordinasi tangan-mata kanak-kanak. Ia juga boleh tingkatkan keupayaan bersosial anak-anak kerana boleh dimain secara berkumpulan.

Batu Seremban Selambut Serembat

Batu seremban adalah permainan yang boleh bantu hilangkan ketagihan anak kepada gadget seperti tablet dan smart phone! Ibu bapa yang ada masalah anak ketagihan gadget wajib berikan anak main batu seremban.

Jom beri anak main batu seremban. Bebaskan anak dari ketagihan gadget dengan batu seremban!!

Sejarah dan Asal-Usul Batu Seremban

Tahu tak? Batu Seremban yang juga dikenali sebagai batu selambut dan batu serembat, adalah permainan kanak-kanak tradisional Malaysia dan banyak negara lain di dunia.

Batu Seremban Selambut Serembat

Permainan klasik yang amat digemari kanak-kanak ini dikenali dengan pelbagai nama yang berlainan di seluruh dunia!

  • Batu Seremban / Selambut / Serembat – Malaysia
  • Five Stones – Singapore
  • Gonggi – Korea
  • Kallangal / Anchangal – India
  • Osselets – Perancis
  • Cinco Marias /Five Marys – Portugal
  • Payanca / Payana – Argentina
  • Jackstones / Knucklebones – UK / Australia / NZ
  • Asiks – Turki
  • Besh Dash – Iran
  • Bikázás – Hungary
  • Zhua Shízir – China
  • Astragalus / Five Obulus – Greece
  • Kugelach – Israel

Wah!! Tak sangka rupanya permainan batu seremban tidak unik kepada Malaysia sahaja. Permainan ini di mainkan di banyak negara lain sejak turun temurun. Malaysia berkongsi permainan tradisional batu seremban dengan negara lain!

Batu Seremban Selambut Serembat

Kebanyakan permainan yang menyerupai batu seremban dimainkan di lain-lain negara menggunakan batu, knuckle bones, token, octagonal prisms / polyhedrons dan kiub bersaiz kecil. Peraturan permainan pula juga banyak persamaan.

Batu Seremban Selambut Serembat

Timbul pula persoalan dari manakah asal usul permainan batu seremban? Ada sumber mengatakan batu seremban berasal dari Asia Kuno (Ancient Asia) semasa Siege of Troy tahun 1184 Sebelum Masihi. Permainan batu seremban dianggarkan berusia dari 2,500 – 4,000 tahun!

Batu Seremban Selambut Serembat

Permainan batu seremban dimainkan dari negara Nepal ke seluruh benua India hingga ke Malaysia dan Singapura. Ia juga dimainkan dari Asia Tengah melalui Anatolia (Turki) dan Latin Mediterranean hingga ke Amerika Selatan dan Belanda (Netherlands).

Batu Seremban Selambut Serembat

Tetapi batu seremban tidak wujud di tanah Arab dan negara Eropah selain negara kawasan Mediterranean. Kemungkinan besar permainan batu seremban disebarkan melalui Laluan Sutera (Silk Road). Sungguh menarik!

Batu Seremban Selambut Serembat

Forever Living Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *