Permainan Batu Seremban | Cara Bermain Batu Seremban, Selambut, Serembat & Five Stones Game

Hai! Acik Ros dari Batu Seremban by IzzahKids di sini.

How to play batu seremban? Macam mana nak main batu seremban? Rupanya ramai yang tak tahu cara bermain batu seremban!

Acik dulu jaguh main batu seremban kat kampung tau. Acik selalu menang bila main batu seremban lawan dengan adik beradik, sepupu sepapat, kawan sekolah dan anak jiran. Eksen pulak acik ni kan? Hehe!

Cara Bermain Batu Seremban Selambut Serembat

Permainan batu seremban ni sangat mudah. Lambung dan sambut batu je kot. Budak kecik pun boleh buat.

Memang ramai budak-budak yang hebat bermain batu seremban ni. Ada macam-macam gaya masa mereka melambung dan menyambut buah! Terhibur acik ni tengok. Hehe!

Peraturan Bermain Batu Seremban

Dalam permainan batu seremban, ada beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah lapan.

Buah Satu

  • Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.
  • Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
  • Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
  • Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,

Buah Dua

  • Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
  • Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
  • Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Cara Bermain Batu Seremban Selambut Serembat

Buah Tiga

  • Buah tiga ada sedikit perbezaan.
  • Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
  • Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat

  • Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
  • Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Cara Bermain Batu Seremban Selambut Serembat

Buah Lima

  • Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
  • Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
  • Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam

  • Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
  • Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
  • Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Cara Bermain Batu Seremban Selambut Serembat

Buah Tujuh

  • Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
  • Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
  • Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
  • Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
  • Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
  • Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Cara Bermain Batu Seremban Selambut Serembat

Buah Lapan

  • Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.
  • Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.
  • Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.
  • Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus

Timbang

  • Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata.
  • Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.
  • Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
  • Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
  • Tangkap batu seremban yang ada di tangan
  • Batu yang dapat ditangkap = 1 mata
  • Batu yang dijatuhkan = 0 mata

Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

Tamat Permainan

Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.

Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

Sila lihat gambar dan video cara bermain batu seremban untuk lebih faham.

Forever Living Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *