Kisah Batu Seremban | Izzah Berjaya Menjual Sebanyak 16 Set Batu Seremban by Izzah Kids Dalam Masa 4 Hari!

Hai! Acik Ros dari Batu Seremban by Izzah Kids di sini.

Acik memang betul-betul tak sangka!! Anak acik, Izzah 9 tahun tu pandai buat bisnes batu seremban. Izzah sudah berjaya menjual sebanyak 16 set batu seremban Limited Edition Series. Masyuk komisen dia. Hehe!

Alhamdulilllah. Hajat acik nak ajar Izzah berbisnes dari kecil sudah tercapai. Awal setahun pulak tu. Advance!

Izzah bermula dengan membawa contoh / sampel batu seremban kepunyaan dia ke sekolah. Dia main batu seremban (demo lah tu hehe) dan juga benarkan kawan-kawan cuba main batu seremban dia (trial lah tu hehe).

Sedang kawan tengah syok bermain dia bagitau dia open order jika sesiapa nak beli. Tulis nama order dulu bila dah siap baru bayar dan dapat batu seremban.

Batu Seremban Selambut by Izzah Kids

Harga promosi RM5 per set (5 biji buah) diberikan khas untuk budak sekolah dia sahaja untuk masa yang terhad.

Mula-mula tu ada mulut kawan-kawan yang lancang cakap batu seremban Izzah harga MAHAL. Sebab dia beli batu seremban harga RM2 sahaja!! (persaingan harga lah tu hehe).

Acik senyum saja bila Izzah bagitau. Sudah dijangka semua itu. Jual apa-apa produk pun mesti ada yang bandingkan harga. Ini hanya sikit saja cabaran dalam bisnes kak! Banyak yang Izzah akan belajar ni!

Nak tahu macam mana Izzah, budak darjah 3 ni berjaya menjual sehingga 16 set batu seremban dalam masa 4 hari? Sudah tentu sebab acik yang ajar dia ilmu produk dan ayat marketing. Hehe!

Berikut ialah perkara yang Izzah buat dalam menjual batu seremban secara OFFLINE. Take note yang most steps kat bawah ni tak sesuai untuk penjualan secara online.

  • Bawa sampel batu seremban
  • Tunjuk demo cara bermain batu seremban
  • Beri trial main batu seremban sebelum beli
  • Harga promosi untuk masa terhad (compare harga promosi dengan harga asal)
  • Hadiah percuma / free beg uncang limited edition
  • Beri kelebihan produk berbanding pesaing (kain mahal dan corak cantik beli dari oversea, guna batu akuarium yang sedap dilambung, batu seremban boleh basuh, tidak berkulat, tidak busuk dan tahan lama, dapat beg uncang free)
  • Beri kekurangan produk pesaing walaupun harga murah (kain tak cantik, guna biji kacang hijau yang mudah busuk & berkulat, batu seremban tak boleh basuh, tiada beg uncang cantik)

Acik bangga dengan Izzah sebab dia cepat belajar tentang bisnes dan marketing. Dia buat segala yang acik suruh. Siap ada repeat customer tau.

Mula-mula budak tu beli satu set batu seremban. Bila dapat batu seremban cantik dan sedap dilambungkan terus dia repeat order lagi 5 set batu seremban untuk adik beradik dia sekali.

Wah! Great products speak for itself. Betul kan? Good job Izzah!

Follow Up, Kutip Bayaran & Simpan Rekod

Selepas selesai bab marketing dan sales batu seremban, acik ajar pula Izzah tentang follow-up. Penting tu!

Sama dengan bisnes sebenar mesti ada customer yang macam liat sikit nak bayar. Kawan-kawan Izzah pun sama. Hehe!

Batu Seremban Selambut by Izzah Kids

Biasalah budak-budak lupa nak bawa duit. So acik bagitau jangan beri batu seremban selagi kawan belum bayar. Kena tegas dalam bisnes. Else kena pijak dan rugi!

Setiap order kena rekod bayaran supaya mudah nak follow up siapa yang belum bayar. Ada rekod bayaran senang nak kira komisen jugak kan?  Hehe!

Nota: Actually acik tak untung pun jual batu seremban harga promosi tu pada kawan-kawan Izzah. Kena tolak bagi komisen pada Izzah lagi. Hehe! Acik tak kisah sangat pun sebab tujuan utama acik ialah untuk ajar Izzah buat bisnes.

Sambil ajar Izzah bisnes tu acik pun jual juga batu seremban by Izzah Kids ni secara online. Boleh lah bantu tampung bayar bil dan belanja rumah. Acik ni kan surirumah tak bekerja. Support lah acik dengan membeli batu seremban by Izzah Kids. Terima kasih!

Forever Living Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *