Kisah Batu Seremban | Cerita Disebalik Batu Seremban by Izzah Kids!

Hai! Acik Ros dari Batu Seremban by Izzah Kids di sini.

Nak tahu macam mana wujudnya Batu Seremban by Izzah Kids ni?

Tak lama dulu, Izzah (9 tahun) anak acik yang sulung tu bermain dengan beberapa gumpalan kecil kertas. Lambung. Sambut. Lambung. Sambut. Macam familiar pulak game tu.

Acik tanya dia, “Main apa tu kakak?”. Izzah cakap, “Main batu seremban lah mama.”

Oh! Batu Seremban! Kelakar pulak main batu seremban guna gumpalan kertas. Hehe!

Acik pun cakap, “Kalau kakak habiskan buku latihan BI yang mama suruh ni, nanti mama buatkan batu seremban untuk kakak.”

Izzah pun terus excited dan cakap, “Ye ke mama? Okey!!!”.

Anak acik tu pun dengan bersemangat buat latihan English Writing tu dari pagi sampai petang. Izzah tu biasanya bila buat latihan mesti buat sekejap sahaja dah nak rehat. Buat 15 minit rehatnya 1-2 jam. Berhari-hari baru siap satu buku.

Tapi demi batu seremban sanggup buat non-stop tak rehat. Boleh pulak ye siap latihan dalam masa sehari? Hehe!

Batu Seremban Selambut by Izzah Kids

Surat cinta Izzah untuk mama!

Masa acik jahit batu seremban tu acik sembang dengan Izzah.

“Kalau jual ni laku kot kakak kan? Jual kat kawan-kawan kelas kakak. Hehe!”

Acik ni memang business-minded sikit. Izzah pulak setuju dengan acik. Izzah cakap, “Boleh buat bisnes ni mama!”.

Actually acik dah plan nak ajar Izzah bisnes bermula tahun depan (umur 10 tahun). Tapi pening jugak fikir nak bagi Izzah ni buat bisnes apa.  Produk apa yang sesuai untuk budak umur 10 tahun jual? Hmmm.

Alhamdulillah. Allah tunjukkan jalan. Batu seremban memang sangat sesuai dijual oleh budak macam Izzah!

Acik dulu ada buat bisnes jual baju kanak-kanak yanga acik jahit dengan jenama Izzah Kids. Obvious lah kan macam mana Izzah Kids tu dapat nama. Sudah tentu dari nama anak acik, Izzah!

Batu Seremban Selambut by Izzah Kids

Kain designer fabrics (jelly roll) imported dari US tau!

Ada banyak lagi kain imported designer fabrics dan juga label Izzah Kids yang tersimpan so acik rasa memang bagus sangat idea bisnes batu seremban ni. Macam fits into the puzzle gitu. Hehe!

Izzah Berjaya Jual 9 Set Batu Seremban!

Selepas batu seremban Izzah siap, acik suruh lah Izzah promote pada kawan-kawan sekolah.

Batu Seremban Selambut by Izzah Kids

Batu seremban Izzah punya!

Sebelum promote tu acik dah ajar Izzah ilmu marketing siap-siap. Izzah dah ready dengan ayat marketing dan ilmu produk!

Tak sangka Izzah berjaya dapat order batu seremban sebanyak 9 set dalam masa 2 hari dia promote! Syabas Izzah!!

Banyak dah tu Izzah dapat komisen dari jual batu seremban. Keep it up! Hehe!

Batu Seremban Selambut by Izzah Kids

Batu seremban yang kawan2 Izzah order dah siap!! Uncang limited edition!!

Kelebihan Batu Seremban by Izzah Kids

Acik ni tengok harga batu seremban online dari range dari RM3 – RM40 satu set. Wah! Boleh cecah RM40 satu set 5 biji buah!!

Tapi acik tak lah jual batu seremban harga mahal macam tu. Acik jual batu seremban harga mampu milik tau. Hehe!

Batu Seremban Selambut by Izzah Kids

Apa yang special tentang Batu Seremban by Izzah Kids?

  • Harga dari RM10 – RM15 per set (7 biji buah bentuk piramid / tiga segi)
  • Dibuat dari kain cotton premium & imported designer fabric yang cantik
  • Kandungan batu akuarium / gravels yang non toxic, tidak berkulat & tahan lama
  • Beg Uncang Cerut Bertali Handmade Dengan Cord Lock
  • Jahitan kemas, kuat dan tidak mudah pecah
  • Batu seremban yang washable (boleh basuh) & bebas bubuk!
  • Batu seremban saiz 3 cm sesuai untuk tangan kanak-kanak yang comel
  • Jenama IzzahKids sempena nama Izzah (9 tahun), co-founder IzzahKids
  • Pilihan batu seremban Limited Edition Series
  • Dibuat dengan penuh kasih sayang *muah ciked*
  • Sangat sesuai dijadikan Hadiah Birthday kanak-kanak
  • Sensory play yang mengasah kekuatan otot / fine motor skill, koordinasi mata & tangan serta minda
  • Sokong “Kempen Bebas Gadget Dengan Batu Seremban”!!
Batu Seremban Selambut by Izzah Kids

Batu Akuarium / Gravels non toxic, washable & tahan lama

Harga Batu Seremban by Izzah Kids Mahal?

Acik jual batu seremban by Izzah Kids ni harga mampu milik RM10 – RM15 per set.

Mahal ke tu? Acik rasa tak mahal pun. Ada orang jual lagi mahal sampai RM40 pun laku jugak. Hehe!

Batu Seremban Selambut by Izzah Kids

Ada yang cakap, “Batu seremban je kot, senang je nak buat!”.

Erkk. Senang ke? Kalau senang BUATLAH SENDIRI. Acik tak paksa beli batu seremban yang acik buat pun.

SETIAP KOS yang terlibat dalam pembuatan batu seremban mesti dikira. Kalau jual murah acik rugi. Kalau jual harga sama kos acik tak dapat apa-apa pulak.

Buang masa tau acik menjahit untuk dapat rugi atau hanya pulang modal. Baik acik tidur je dari buat batu seremban. Hehe!

Berikut adalah kos / perbelanjaan yang terlibat / kena beli:

  • Kain cotton premium (local) & designer fabrics (import dari US)
  • Batu akuarium yang non toxic, tidak berkulat dan washable
  • Kain belacu / tali nylon / cord lock untuk uncang
  • Label / name card / kertas / packing materials
  • Peralatan menjahit seperti benang / tracing pen / jarum etc

Berikut pula kos tersembunyi (hidden cost) / tak nampak:

  • Susutnilai dan penyelenggaran mesin jahit
  • Bil elektrik
  • Laman web / kedai online (domain & hosting)
  • MASA DAN TENAGA tukang jahit / upah
  • Workmanship

Agak-agak acik dapat untung banyak ke jual batu seremban harga RM10-RM15 tu? Berapa ringgit sangat acik dapat untung. Kena share untung dengan Izzah pulak tu kan.

Tak usah lah nak mintak diskaun ye. Kesian lah acik yang jobless ni. Huhu!

Beli Batu Seremban by Izzah Kids Online

Buat masa ni acik hanya jual batu seremban yang stok tersedia (ready stock) sahaja. Tempahan samada custom order atau bulk order tidak dibuka. Maaf ye!

Pembelian boleh dibuat melalui kedai online yang akan diberi link apabila acik bersedia untuk menjual. Batu seremban masih lagi in production.

Forever Living Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *